Thursday, 3 February 2011


TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN


E-mail ini baru saya dapat semalam. Rasanya sangat bermanfaat. Terutama kepada mereka yang tengah bertungkus lumus siang dan malam untuk menghadapi final exam. Kalau kepala dah sakit atau pening tu cubalah amalkan kaedah ini. Insya Allah dengan izin Allah akan berkurangan.

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .


Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . 


Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.saya juga berpendapat agak baik juga kita terapkan kepada orang yang tengah sarat mengandung  .

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.dan ingat lah Allah sentiasa memabantu hamba nya yang hendak melakukan yang terbaik untuk diri nya . 

Ini adalah pengalaman saya sendiri ........... Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?dengan itu kita akan lebih sihat dan tidak ragu - ragu untuk makan ubat jika sudah ada jalan penyelesaian yang lain dengan terapi ini.

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Semoga sangat bermanfaat buat sahabat - sahabat semua and boleh diperaktikkan 

Friday, 28 January 2011

Doa lumpuh

Untuk rawatan orang yang lumpuh,kombinasi bacaan doanya ialah;
(1)Surah Al-Fatihah
(2)Selawat Syifa'tujuh kali
(3)Selawat Tafrijiyyah tujuh kali
(4)Doa Rawatan lumpuh iaitu Surah Al-Anbiyaa':30 juga dibaca tujuh kali

Wednesday, 29 December 2010


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Tuesday, 21 December 2010

DOA KETIKA SAKIT BERSALIN 


Bacakan Ayat Al-Kursi 






( Surah Al-Baqarah : 225 )




Bacakan Ayat 54 , Surah Al-A'raf 




7:54


( Surah Al-A'raf : 54 ) 






SENGATAN LIPAN ATAU GIGITAN SERANGGA LAIN 

Dibacakan :
  1. Surah Al-Kafirun ( 1 kali )
  2. Surah Al-Falaq ( 1 kali )
  3. Surah Al-Nas ( 1 kali )
CARA : Tiupkan pada bekas air yang berisi sedikit garam dan jirus di tempat yang terkena gigitan tadi                       
LUKA


Untuk menghentikan darah yang
mengalir disebabkan luka , bacakan
ayat ini sambil menekan tempat yang luka :


36:38


CARA : Bacakan ayat ini sambil menekan tempat yang luka 

Monday, 20 December 2010

DEMAM CAMPAK

Untuk menurunkan panas badan
dan mengeluarkan segala campak di bandannya , sila cuba
amalan berikut :

  1. Baca Surah Al-Fatihah ( 1 kali )
  2. Keduanya , dibaca Selawat Penyembuh / Shifa ( 1 kali )
  3. Dibacakan ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hasyr iaitu :

59:22
59:21
59:23
59:24



CARA : Tiupkan di atas air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada pesakit