Wednesday, 29 December 2010


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Tuesday, 21 December 2010

DOA KETIKA SAKIT BERSALIN 


Bacakan Ayat Al-Kursi 






( Surah Al-Baqarah : 225 )




Bacakan Ayat 54 , Surah Al-A'raf 




7:54


( Surah Al-A'raf : 54 ) 






SENGATAN LIPAN ATAU GIGITAN SERANGGA LAIN 

Dibacakan :
  1. Surah Al-Kafirun ( 1 kali )
  2. Surah Al-Falaq ( 1 kali )
  3. Surah Al-Nas ( 1 kali )
CARA : Tiupkan pada bekas air yang berisi sedikit garam dan jirus di tempat yang terkena gigitan tadi                       
LUKA


Untuk menghentikan darah yang
mengalir disebabkan luka , bacakan
ayat ini sambil menekan tempat yang luka :


36:38


CARA : Bacakan ayat ini sambil menekan tempat yang luka 

Monday, 20 December 2010

DEMAM CAMPAK

Untuk menurunkan panas badan
dan mengeluarkan segala campak di bandannya , sila cuba
amalan berikut :

  1. Baca Surah Al-Fatihah ( 1 kali )
  2. Keduanya , dibaca Selawat Penyembuh / Shifa ( 1 kali )
  3. Dibacakan ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hasyr iaitu :

59:22
59:21
59:23
59:24



CARA : Tiupkan di atas air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada pesakit